Monday 13 February 2012

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

Menipu

Menipu adalah "PEMBUNUH" utama dalam sebuah perhubungan.
Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat.
Ada yang menipu untuk "MENYELAMATKAN" sebuah perhubungan,
Namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka.
Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah
dipermainkan.


Harapan/Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada
pasangannya,malah mereka bergantung penuh kepada pasangan.
Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya.
Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan
terputusdi tengah jalan.Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan,
tetapi dikongkong.Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan
tersekat.


Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana
yang sangat harmoni.Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan
sikap saling memahami.Bila semua ini ada barulah perhubungan
boleh sampai ke peringkat serius.Tapi sesetengah wanita yang
baru saja berkenalan terus saja mengharap ia akan berakhir
dengan perkahwinan.Mereka takut jika hubungan yang dijalinkan
hanya sia-sia saja.Jadi kalau timbulnya konflik ini,perhubungan
boleh menjadi putus.


Mengungkit Hal yang Lalu

Menjadi kepentingan bagi sesetengah orang untuk mengungkit
hal-hal yang lepas.Apatah lagi jika mengungkit tentang kekasih
lama.Belajarlah dari kesilapan,jangan mengungkit kisah lalu
jikalau anda sayangkan perhubungan yang dibina bersama.


Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan,perbezaan pendapat memang
sering terjadi.Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan
dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah.
Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya
kerana pasangan tidak mengizinkan.Itu adalah antara perkara yang
boleh membantutkan sesebuah perhubungan.


Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang
dijalinkan.Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu
mementingkan status diri.Mereka memilih pasangan yang dirasakan
sangat sesuai dengan diri mereka.


Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati.
Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata untuk
menyakiti hati orang lain.Jadi kalau inilah yang terjadi,hubungan
anda pasti tidak akan bertahan lama.


Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya.
Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara
hingga ia menyakiti hati pasangannya.Kehidupan yang sangat terdesak
ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan
baik.


Kawan-kawan Dan Keluarga

Tidak mustahil,kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan
sesebuah perhubungan menjadi tidak stabil.Pengaruh dari kawan-kawan
dan keluarga boleh mempengaruhi sesebuah keputusan.Jangan salah
sangka,orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika
keluarganya tidak menyukai anda.




Menggeletar tangan aku time tulis yang nombor sembilan.

5 comments:

farra fajima said...

apepun terjadi,fara tetap akan bersama dengan sayang sampai bile2
pasal point no. 9 tu,takpe,kita sama-sama usaha sampai dua-dua belah pihak setuju
tau yang?
iloveyousomuch <3

ღpanda_onchairღ said...

acececeeeyy , awek rambut merah . plss . behave urself . jgn nak curang dgn i . hahahaha

farra fajima said...

bwekkk. i tak curang dgn yu,fanad. i mempoligamikan yu je. yu tak kesah kan? hahaha

mooon said...

ape hal aku rase cam nak tersedak nie?

Daily K Pop Star said...

Please Follow my Blog Daily K pop star >>> http://dkpop-star.blogspot.com/ and l follow back you..,,