Friday 27 January 2012

Nak Main Lagi?

Assalamualaikum
Pehh sunyi sungguh pagi nie,tapi dah terjaga awal tak boleh
buat ape la kan?
Tetibe aku terfikir tentang orang yang permainkan sahabat
yang sama agama dengan beliau.Ape yang diorang rase eh?
Rase sedap macam makan nasi goreng kampung ke?Korang
perasan tak macam yang aku perasan,manusia zaman sekarang
nie lebih mudah percaya dengan fakta yang tak pasti sahihnya.
Aku rasa boleh dikira kot berape ramai yang boleh berfikir guna akal yang dikurniakan seeloknya oleh ALLAH s.w.t
Betul tak?Masing-masing dah tak ingat hukum ALLAH ke?lebih takutkan hukum yang dicipta manusia sendiri dari hukum yang sedia menunggu kita kat sana nanti.Walaupun dah di cuba berulangkali perbetulkan keadaan tapi manusia nie tetap dengan fakta yang tak pasti sahihnya tue.Cummon la,
jangan kolot sangat jadi manusia.Kalau buat camtu sebab rasa diri dah hebat sangat dengan apa ilmu yang ada kat atas dunia nie,lupekan je la sebab tue 1 tindakan yang buat orang nak letak kau dalam kategori yang tak baik.Tau kan ape yang tak baik tue?Kepada sesiapa yang ada persamaan dengan apa yang aku merapu nie,jangan marah aku yer sebab nie pun 1 fakta yang aku dah sahihkan sendiri.Kahkahkah...Jangan marah~

Aku tak puas tidooooo!!!

"permainkanlah perasaan sahabatmu,nescaya Allah akan membalasnya lebih dari yang pernah kamu lakukan"
Nak main lagi?lantak kau lahh! 
 

Wednesday 25 January 2012

HaiH Mat Rempittt . . .

Haihh,Ape nak jadi dengan mat rempit nie?
kenape orang selalu sangat nak salahkan mat rempit?
Sebenarnya,diorang just berlumba sesama sendiri je.
Aku rase kite tak boleh labelkan diorang sebagai 
penjahat,sebab aku pun dah terjebak ikut macam diorang.
Kehkehkeh...
Nak tau kenape?sebab aku rasa diorang jauh lebih baik
dari orang yang cakap bukan2 kat diorang macam tue.
Aku tengok,kebanyakkan mat rempit zaman sekarang ramai
yang dah ade kerier tersendiri,tak kesahlah walaupun
kerja dalam bengkel motor je,tapi duit tue halal kan?
Kalau habis duit gaji pun,still pada motor sendiri jugak.
Kalau sekadar nampak orang samun kedai pakai helmet,
jangan labelkan diorang mat rempit sebab aku kena
samun time jage cc pun pakai helmet,tapi naik kereta.
Sangat hebat ...
Sampaikan 1 masa dulu time aku eksiden,manenye orang
yang naik kereta nak tolong aku?padahal bulan puasa 
tau & aku belum buka puasa pun time tue.Orang2 kite
yang tengah bukak puasa pun just tengok je.Nak tau siape
yang tolong aku?yang diorang labelkan Mat rempit sama 
penyamun tue lah yang papah aku bawak pgy hospital naik
motor diorang.Aku tanye kat diorang,'kenape susahkan diri
nak hantar aku pgy hospital,padahal aku still boleh tunggang
motor aku pgy hospital',diorang dengan selamba cakap'Aku 
tanak hati kau terdetik aku nie same macam orang yang
lalu-lalang dekat situ,yang diorang tau cakap kesian & bawak
moto laju2 sangat'.Peh serious aku malu bile diorang cakap
camtue.Tak sangka ayat macam keluar dari mulut diorang.
start tue la aku rajin kenal2 dengan kawan diorang yang
lain & belajar tentang erti kehidupan yang sebenarnya.
Aku doakan,mase akan datang nanti mat rempit akan lebih 
maju & berhemah supaya masyarakat tak pandang camtue lagi
kat kalian.
Kepade kalian2 yang lain pulak kalau ade kawan yang merempit,teruskan bagi sokongan kat diorang,bukannye penghinaan tau.Diorang just need sokongan daripada masyarakat sekeliling,
itu je.Percayalah,kalau kalian terus support diorang,1 hari 
nanti bile kalian perlukan sokongan,golongan2 seperti mereka 
nie lah yang boleh diharapkan :)


"you should not prejudge the worth or value of something, by its outward appearance alone".


Amekaw,kemain rempit lagi aku,haha.....





Tuesday 24 January 2012

Hari Pertama Dalam Sejarah

Hari pertama?
Yeah! ini memang hari pertama aku menulis dalam blog
Sebelum nie aku just pandai nak baca blog orang je
Alhamdulillah malam nie cuaca sangat baik & aku nak
buat apa aktiviti pun rasa senang sangat.
Time nak pergi cc tadi aku terserempak dengan ex-gf
aku yang 1st time cinta monyet dulu.Tetibe aku rasa cam 
ada something pulak padahal sebelum nie takde ape pun 
yang berlaku.mungkin aku dah tanam dulu kot yang aku 
takkan pusing U-turn balek kat die,Takkan sekali-kali
sebab aku dah jumpe someone yang lebih special dari kau
Lagipun Gf aku yang sekarang nie tengah selsema
So ade baiknye kalau aku fikir pasal die je sebab kepale
hotak aku pun tak penat nak berfikir pasal orang yang
dah buat diri aku jadi negative 1 masa lalu :')


Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa....

Sekiann....haha